Tuesday, January 25, 2011

cita-cita atau cinta

cita-cita atau cinta
Sekali kaki melangkah bermakna bekas-bekas masa yang sudah dilalui tidak munkiin dijejak kembali. Sedetik masa berlalu, sedetik pula usia maju. Setiap yang tiba melalui detik-detik masakan nyata dan passti diterima. Andainya kaca yang tiba, kacalah rupanya, tak munkin lagi diganti dengan masa, sekalipun darah terburai dari mata dek tangisan.


Ayuh kawan! Kuburkan sahaja bencana yang menimpa. Kerana segala-galanya sudah menjadi abu-abu sejarah, ditiup bayu berterbanganlah ia. Sedangkan kajayaan esok masih menyintai kita. Hadapilah hari esok dengan dada yang lapang, penuh harapan cemerlang. Anggaplah kegagalan yang tiba sebagai percubaan. Dan percubaan penentu kejayaan. Manakala menderita dalan percubaan adalah suatu perjuangan yang tidak membuahkan kejayaan yang diidam-idamkan.

Ingatlah, betapa hidup ini bukan setenang air dikolam, bukan secetek air ditasik, tapi bak air dilautan. Dilanda taufan bergelombanglah ia. Hidup ini sepenuhnya dirangkum masa. Dan perjalanan masih aneh pula. Hari ini kita ketawa, esok hari kita akan menangis kerananya.
Segala laku dan langkah yang kita kerjakan bukanlah penyambung hayat. Tapi sebagai rantai yang merantai bagi satu-satu kehidupan. Putus satu cederalah semua, malahan mungkin merobohkan istana harapan yang dimimpikan. Oleh itu awasilah dalam menggunakan masa. Jangan tertawan dek sinar mentari petang, jangan terpikat dek kumbang yang terbang, usah terpesona dek bunga kembang ditaman. Kerana ia takkan kemana. Hari ini hilang pergi, besok harinya datang menjadi ganti. Roboh istana cinta bukanlah kecewa dan hampa. Tapi runtuh bangunan cita-cita rosaklah kehidupan bahagia yang diidam-idamkan. Tersinggung rasa dek cinta hanya sementara. Tapi hampa jiwa dek cita-cita bermakna selama-lamanya kecewa.

Dari itu wahai kawan, biarlah istana cinta musnah buat seketika, akan kita bina dihari muka. Pantaskan kaki mengejar cita-cita, kerana cita-cita cepat dilari masa. Dan bila masa pergi ia tak bisa menoleh lagi. Usaha adalah penentuan dan takdir adalah suratan.

No comments:

Post a Comment